PhotobucketPhotobucket
Ayuh, kawan ! Doa supaya kita dapat result yg CEMERLANG ! :)

Wednesday, June 2, 2010

OHH GURU :)

First of all, This is for our teachers !


Guru,

Bicaramu adalah kata-kata hikmah,
Pembina tugu bahagian hari muka,
Tunggak keazaman,
rasa tekad dan nekad.

Marahmu adalah sayang,
Degup jantung adalah penawar,
hati yang penuh azam dan perjuangan,
Bagai api yang marak menyala.

Guru,
keluhan demi keluhan dibibirmu,
melayani kerenah bunga bangsamu,
Yang sering menduka-citakan,
Kau bimbang akan harapanmu,
Kau resah akan perjuanganmu.

Sayang sekali,
Ada juga yang tidak mengerti,
Tekadmu yang suci dan murni,
namun kau adalah sebuah pelita,
Membakar diri untuk semua,
Walau peritnya tak semua dihargai.

Guruku,
Baktimu menyejukkan dunia,
Walau padamu ada tanda derita,
Kau harus berani menghadapi semua,
Itulah semangat wahai anak bangsa.

Dan kini,
Dalam sebuah lipatan abadi,
Sambutlah salam dari kami,
Wahai cahaya yang menerangi..


Ok, nak tau cikgu yang mengajar 5PPN 2 ?? :)
Ni lah cikgu yg banyak berjase pade kitorang.
Walaupon kadang-kadang budak-budak 5PPN2 nihh dogil-dogil,
tapi cikgu-cikgu ni ttp bersabar ! :)

PN HASNITA BT ABD HADI-MATEMATIK
PN HJH ROHAYAH BT HAMZAH-B.MELAYU
PN JAMILAH BT SIPON-B. INGGERIS
PN NOOR HASLEENA BT NORDIN-SEJARAH
PN HALIZA BT HARUN-P.ISLAM
PN NOORLIZA BT MOHAMAD HALIM-SAINS
PN ALINA BT SULAIMAN-PERAKAUNAN PERNIAGAAN
EN ZULKAFILA B YUSOF-AKDP

Kalau ade yg perasan, sorang je cikgu lelaki yg ajar kitorang . Waah, special nih. Cewaah . :)

siapa rasa dia pelajar yg baek sila comment :)

No comments: